Thursday 15 October 2015

akrab

#161015

Dalam satu per tiga malam ini, suka untuk aku ceritakan tentang dua insan yang aku jumpa tadi.

mujahid aiman rumawi dan azim zain. nama yang tidak asing lagi bagi aku. antara kawan karib aku dekat kauthar dulu. bukan main banyak rintangannya. bandaraya shoh olom dengan roundabout-nya klong dengan jalan berseliratnya tidak lupa dengan tol yang menipiskan dompet menjatuhan nilai touch n go. hoho. sudahlah kadar tol mula naik hari ini. hohoho. selamat berjihadlah ya rakyat mesia sekalian.

sesampainya di uitm, ingatkan sonang je nak cari kubah, rupanya 'the maze was only the beginning'. makan masa jugalah nak cari. tapi okey jugalah sebab aku nampak gadis-gadis uitm ni nais juga. hmm. jumpa je kalau nak dibandingkan dengan masa kenal dulu memang kontra habis kontra teruk kontra montra.

seorang dah jadi model. tengok dari tebalnya bedak dekat muka tu macam boleh pergi jauh. walaupun tak reti bergaya katanya. yang seorang lagi dah berkahwin dah ada syarikat siap dengan anak buah sendiri dah boleh berdikari. yang seorang lagi pula masih sama. kacak baik hati telus tulus cemerlang. hmmm.

jumpa dengan kawan sekolah ni macam biasalah ada ja benda yang nak di-throwback. bila dikenang balik memang banyak kenangan manis bersama. baik dalam dan luar sekolah belajar atau cuti. dulu jumpa setiap hari. besar sikit setiap hari jadi setiap bulan. sekarang dah jadi setiap tahun dengan erti kata lain jumpa setahun sekali je. pun begitu aku masih bersyukur dengan persahabatan ini.

nak di-throwback kan cerita kami, memang tak tidur aku malam ni. lagipun lonely juga ya tulis blog ni. boleh praktis berfikir berimaginasi menghubungkan sel sel otak. tapi bahasalah pula yang terbantutnya. hm.

LATIHAN

1) letakkan tanda koma [,] di tempat yang sepatutnya.

Sekian. (dalam bilik, 3.57am)